PANTANG LARANG PENGAMBILAN SUPPLEMENT

3:26 PTG Unknown 0 Comments

Bismillah

Assalamualaikum

hai

hari nih aku nak share pasal

PANTANG LARANG PENGAMBILAN SUPPLEMENT

by doctor kamesah omar



BISMILLAH..
17 FEB 2015
sebahagian shj baru ya...

(1) Vitamin tidak boleh diambil bersama-sama dengan minuman berkafein seperti tea dan kopi kerana kafein akan memusnahkan vitamin. Jika ada pelanggan anda yang tidak mendapat manfaat vitamin, periksa samada beliau adalah peminum tegar kopi / tea atau tidak.

(2) Vitamin, jamu, ubat boleh diambil bersama-sama dengan syarat jarakkan masa pengambilan minimum 2 jam. Contoh jika ambil ubat pukul 8 pagi, makan vitamin anda pada pukul 6 pagi atau 10 pagi.

(3) Elakkan vitamin berikut untuk masalah di bawah :

- SLE tidak boleh mengambil Alfalfa (ada dlm double x) kerana ianya akan mengaktifkan sistem imun badan pesakit.

- Ibu yang mempunyai bayi g6pd tidak boleh mengambil alfalfa kerana alfalfa kaya dengan vitamin K. Baby g6pd tidak boleh mengambil Vitamin K. G6pd adalah gangguan pada enzim g6pd ( enzim dalam darah).

- Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil supplement daily yg mengandungi iron kerana iron berlebihan dalam badan akan memudaratkan pesakit.

- pesakit jantung yang mengambil ubat cair darah, elakkan Salmon Omega, alfalfa dan Garlic.

Kesimpulan: Supplement untuk mencegah, bukan merawat.

okay..

itu je sharing kali nih..

till then

Assalamualaikum..

Lot's Of Love,
Mrs.Zairi

0 comments: